Jumat, 17 Februari 2012

cinta hanya ilusi

Siapa kata dijalan dakwah ini tidak wujudnya cinta?
Siapa kata dijalan dakwah ini duat tidak akan tersadung cinta?
Siapa kata dijalan dakwah ini duat tidak akan jatuh cinta?
Malah cinta dijalan dakwah ini lebih ‘touching ‘ lagi kisah nya dari sisa kisah kuno Romeo and Juliet, Arjuna dan Dewi  atau Laila dan Majnunnya yang sekali pun tidak terlibat dengan pertemuan, percakapan dan bisikan bisikan rindu yang romantis kerana cinta dijalan dakwah penuh dengan adab, kesucian dan doa doa dialam ruh ….
dan disinilah bermulanya cinta itu ….
……aku mencari ‘cinta ‘ itu kesekian lama. Sehingga ianya terungkai dalam pemikiranku menjadi satu filosofi pencarian.
Pencarian kepada sesuatu yang paling aku inginkan dalam hidup ini demi keberlansungan melengkapkan deen ini menjadikan ianya tangga untuk memanjat puncak rahmatNya dan dalam pencarian mengenal diri aku sendiri …
Aku telah berusaha sekuat daya hingga aku terkunci dalam penantianku.
Lekat dan indah.
Mengharap seperti kembang sepi. Sehingga aku ter ‘khatam’ dalam buaian mimpi mimpi …
Terkadang mungkin kita terasa hati setelah  mencari sekuat daya dan hasilnya ‘sifar’ dan kita tidak menemukan apa yang kita cari.
Gagal.
Namun sebenarnya pada hakikatnya kita tidak gagal dalam usaha itu malah kita telah menemukan sebutir mutiara yang amat bernilai yang kita temui pada diri kita sendiri.
Ia itu ….
KENYATAAN.
Kenyataan yang harus kita terima, hadapi dan harungi.
Sepahit, semasin atau sepayau manapun keadaannya!
Apalah ada pada  sebuah cinta yang mulus  itu jika kita hanya boleh ‘ tidur satu bantal tapi berlainan mimpi’.
Disinilah kita harus ‘memetakan’ kan kembali hasrat hidup ini, kerana Allah akan senantiasa menguji kita diatas titik terlemah kita …….
Salah kalau kita katakan ‘ cinta itu hanya ilusi ‘ kerana cinta adalah sebahagian organ dari kehidupan ini. Kehidupan apa juga dan tidak ketinggalan kehidupan dakwah.
Quran juga hidup dengan kekuatan cintanya.
Pada Makhrajnya. Ghunnahnya. Maddnya. Idghamnya. Hingga dapat menerjah jiwa jiwa kita menjadi lembut dan tangis. Kita terpaku. Tercenung. Tergamam. Kerana kekuatan cinta itu memeluk kita. Menyelusup liku liku dalam aliran darah kita. Merayap disetiap sendi. Melemah. Hingga kita tertunduk sujud ….
Begitulah kekuatan cinta yang sepatutnya kita bina  dalam  dakwah ini … supaya akan terunduklah semua basa basi dunia ini. Akan habislah semua …akan kosonglah semua  …… kita serahkan buat dakwah ini!
Disini cinta dan keyakinan pencarianku terpatri.,'

Tidak ada komentar:

Posting Komentar